Photobucket Photobucket

0
Komen
~ Pergaduhan TERHEBAT abad ini ~




VIDEO nie mengisahkan segala-galanya....keakraban anak mama berdua nie.....tak jumpa 2-3 hari mcm seminggu tak ketemu....Mama LOVE uols sayang........


2
Komen
~ HARGA SEORANG WANITA BERGELAR ‘ ISTERI ‘ ~


Salam Isnin .......10.16pm

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak2
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari  
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...   
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak...... 
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah   Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami   Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,   Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!  Kata nak pahala lebih...  

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? 

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam,  dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.   Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. 

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him. 

"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah..... jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa-dosa kami, kedua  ibubapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... 
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!



Terima kasih pengarang ~ Copy & paste for share with SOMEONE ..Love Ayah...

1
Komen
Hehehe...Nak COPY PASTE juga...

Salam Hari minggu.........(Sekian lama tak update blog...)



Untuk Sang SUAMI:


*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah
dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia
mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk
menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~
Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku
hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa
letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan
isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di
rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja
dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan
mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu
menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak
bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang
lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip
kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.
Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas
ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum
mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula
kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.
Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri
rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang
baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,
waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya
Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat,
minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai
suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama
ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di rumah dan aku keluar bekerja"
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu
belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah
menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!
~~~~~
"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang
yang jadi suami???
"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah
abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab
pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.... .....


Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang
tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam
sini..hargai la isteri anda..

~LB~


Credit to: shielasuri

Nak gak rasa jadi suri rumah sepenuh masa...hehehe......















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...